Ayam, Roti

Resepi Roti Bun Serunding Ayam

resepi-roti-bun-serunding-ayam

Resepi Roti Bun Serunding Ayam

Bahan-Bahan:

250 gram tepung roti/tepung berprotien tinggi – diayak
35 gram gula kaster
1/2 sudu teh) garam
1 sudu teh yis segera
1/2 biji telur, dipukul sedikit
135 ml susu segar
30 gram mentega, dilembutkan

Bahan Topping –

1 sudu besar mayonis
1 sudu besar susu pekat manis
Chicken Floss / serunding ayam

Cara Membuat:

1. Campurkan tepung yang telah diayak, gula kaster dan garam didalam mixer dan putar pada kelajuan perlahan selama 1 minit.
Masukkan yis, telur dan air.

2. Putar selama 1 minit pada kelajuan perlahan dan kemudian pada kelajuan sederhana selama 8 minit.

3. Masukkan butter dan gaul hingga sebati selama 5 minit pada kelajuan sederhana sehingga adunan roti menjadi lembut dan licin.

4. Bulatkan doh adunan, setiap bahagian 25 gm, dan tutup dengan tuala lembap yang bersih.

5. Biarkan selama 10 minit. Apabila sudah 10 minit, isi inti di dalam doh dengan potongan kecil butter.

6. Tutup dengan kemas supaya butter tidak terkeluar apabila membakar nanti.

6. Susun atas dulang pembakar. Biarkan seketika selama 45 minit sehingga ia naik kembang.

7. Bakar doh roti pada suhu 170 darjah celcius, selama 20 minit.

Buat Topping –

1. Apabila sudah selesai membakar, bancuhkan 1 sdm mayonis dan 1 sd makan susu pekat manis.

2. Gaul rata. Sayu mayonis dan susu itu ke atas roti, dan taburkan chicken floss.

Roti Bun Serunding Ayam