Puding

Resepi Puding Roti Rasberi

resepi-puding-roti-rasberi

Resepi Puding Roti Rasberi

Bahan-Bahan:

8 keping roti | dipotong
50gm buah rasberi segar
600ml susu segar
100gm gula pasir
2 biji telur
1 sudu makan esen vanila
Mentega secukupnya | dicairkan
Garam secukup rasa

Bahan Sos Kastard:

1 tin susu cair
1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula

Cara Membuat:

1. Puding roti: Satukan susu segar dan gula pasir di dalam mangkuk adunan. Pukul sehingga sebati.

2. Kemudian masukkan telur, esen vanila dan garam. Kacau sehingga larut.

3. Seterusnya masukkan kepingan roti dan masukkan ke dalam dulang pembakar yang telah dilenserkan dengan mentega cair.

4. Setelah itu, tuangkan mentega cair ke dalam adunan dan taburkan buah rasberi di atasnya.

5. Akhir sekali, bakar selama 30 minit dengan suhu 150ºC. Enak dinikmati bersama sos kastad atau madu.

6. Untuk membuat sos kastad: Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat. Sedia untuk dihidangkan.

puding-roti-rasberry