Resepi Puding Roti Cheese

Resepi Puding Roti Cheese

Bahan-Bahan:

Roti Gardenia/Roti Butterscotch
2 biji telur
1 tin susu cair
2 sudu makan gula
1 sudu teh esen vanila
2 sudu makan marjerin
4 keping keju cheesedale

Cara Membuat:

1. Oleskan loyang dengan marjerin, kemudian susun kepingan roti sebagai lapisan pertama hingga menutupi dasar loyang.

2. Dalam mangkuk lain, masukkan telur, susu cair, gula, esen vanila dan marjerin. Pukul hingga kembang.

3. Koyak-koyakkan kepingan roti (5 keping) dan rendam dalam bancuhan susu tadi.

4. Susun roti yang direndam di atas lapisan roti tadi dan curahkan baki adunan susu di atas susunan roti tersebut.

5. Tabur kepingan keju cheesedale yang telah dikoyak-koyakkan.

6. Bakar di dalam oven pada suhu 180’C selama 30 minit atau hingga puding masak (cara menguji, cucuk lidi ke dalam puding dan lidi bersih apabila ditarik keluar).

7. Sejukkan sebentar dan bolehlah dihidangkan.

Puding Roti Cheese