Mee

Resepi Penang Char Kuey Teow

resepi-penang-char-kuey-teow

Resepi Penang Char Kuey Teow

Bahan-Bahan :

Bahan untuk Pes :

200 gm udang (guna 12 ekor udang size L)
250ml air (masukkan ½ cawan sahaja, sebab air rebusan dah banyak)
4 ulas bawang putih di ketuk
6 sudu besar sos tiram
3 sudu kecil kicap pekat
3 sudu besar kicap manis
1 kiub pati ikan bilis

*2 sudu kecil garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1 sudu kecil)
*1 sudu kecil gula
*** Garam dan gula secukup rasa.

Bahan untuk Mee :

300gm kuey teow ( untuk 3 pinggan, boleh guna yang halus tu)
1 sudu besar cili boh
Kerang
Sedikit kucai & taugeh
1 biji telur

Cara Membuat Pes :

1. Rebus udang dengan air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya.

2. Air rebusan jangan buang. Kupas udang. Asingkan isi dari kulit serta kepala.

3. Ambil kulit dan kepala udang tu dan kisar bersama air rebusan tadi. Tapis dan ketepikan air pati udang ni.

4. Campurkan semua bahan untuk paste dengan air pati udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat.

5. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dalam fridge.

Cara Menggoreng Mee :

1. Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dalam 4sb paste tadi (guna 2 senduk kecil).

2. Masukkan udang yang telah direbus tadi dan kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.

3. Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh dan kacau rata.

4. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dalam 3-4 minit sahaja, pastikan api kuat semasa memasak.

char-kuey-tiow