Sarapan, Snek

Resepi Pankek Tanpa Telur

resepi-pankek-tanpa-telur

Resepi Pankek Tanpa Telur

Bahan-Bahan:

Bahan A –

1 cawan tepung serbaguna
1 sudu teh gula atau secukupnya
2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh serbuk kayu manis

Bahan B –

1 cawan susu segar
1 sudu besar minyak sayur
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar air
2 sudu besar mentega – dicairkan

Cara Membuat:

1. Masukkan bahan A ke dalam bekas dan kacau rata.

2. Kemudian, masukkan pula bahan B dan gaulkan hinnga sebati dan tidak berketul.

3. Panaskan minyak atau oleskan minyak pada frying pan ( kuali mendatar ).

4. Tuangkan satu senduk adunan atas permukaan kuali dan masak sehingga keperangan, terbalikkan dan biarkan kedua-dua belah bahagian masak.

5. Angkat dan hidangkan.

pankek-tanpa-telur