Masakan Barat

Resepi Makaroni Bakar Dengan Keju

resepi-makaroni-bakar-dengan-keju

Resepi Makaroni Bakar Dengan Keju

Bahan-Bahan :

8 auns Makaroni
2 cawan keju cheddar – dihiris
½ cawan keju Parmesan – diparut
3 cawan susu segar
¼ cawan mentega
2 ½ sudu makan tepung pelbagai guna
2 sudu makan mentega
½ cawan bread crumbs
secubit paprika
secubit lada hitam yang ditumbuk
2 sudu makan minyak masak

Cara Membuat:

1. Masak makaroni seperti arahan di bungkusan. Campurkan minyak masak semasa merebus makaroni untuk mengelakkannya melekat. Setelah lembut, tapis makaroni dan letakkan di dalam bekas casserole/bekas tahan panas.

2. Di dalam periuk lain, cairkan 1/4 cawan mentega dengan api sederhana. Masukkan tepung pelbagai guna dan kacau.

3. Masukkan susu perlahan-lahan sambil mengacau adunan. Masukkan pula keju cheddar.

4. Masak di atas api perlahan sehingga keju mencair dan adunan menjadi agak pekat.

5. Tuangkan adunan ke atas makaroni dan kacau sehingga sebati.

6. Setelah itu, cairkan 2 sudu mentega di atas api sederhana dan kemudian masukkan bread crumbs. Kacau sehingga bread crumbs keemasan.

7. Tuangkan bread crumbs yang telah digoreng ini ke atas makaroni. Taburkan keju parmesan, paprika dan serbuk lada hitam.

8. Akhir sekali, bakar selama 15-30 minit atau sehingga keju kekuningan dengan kepanasan 175 darjah Celcius. Sedia untuk dihidangkan.

makaroni-bakar-keju