Ayam

Resepi Ayam Masak Pandan

resepi-ayam-masak-pandan

Resepi Ayam Masak Pandan

Bahan-Bahan:

4 ketul ayam (dipotong kecil)
2sb air limau
sedikit garam
2 helai daun pandan (dihiris kasar)
3 helai daun limau purut (dihiris halus)
1 biji tomato (dipotong kasar)
1 tangkai daun bawang/daun sup – dipotong
1 kiub pati ayam
garam dan gula secukupnya
minyak untuk menumis
air secukupnya

Bahan Dimesin Halus:

1 batang serai
4 biji bawang merah
2 biji bawang putih
5 tangkai lada kering yang dah direbus
3 tangkai cili padi
3 biji buah keras
2 in halia
1 in lengkuas
sedikit kunyit basah

Cara Memasak:

1. Perap ayam dengan air limau dan garam selama beberapa minit. Kemudian goreng hingga masak. Ketepikan.

2. Panaskan minyak, tumis bahan yang dimesin hingga wangi. Kemudian masukkan bahan yang dihiris kecuali tomato dan daun sup. Biarkan sebentar.

3. Masukkan ayam, kiub ayam, garam , gula dan sedikit air, masak hingga sebati.

4. Masukkan tomato dan daun sup, biarkan sebati dan rasakan garam dan gula. Semua dah ok, tutup api dan hidangkan panas.

Ayam Masak Pandan

Sumber: FB Aneka Resepi Masakan ayam