
Resepi Kuih Peneram
Bahan-Bahan: ( 100 biji atau lebih )
250 g tepung beras
250 g tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
2 cawan air
1 1/2 cawan gula melaka
Minyak yang banyak utk menggoreng
Sedikit garam
Cara Membuat:
1. Ayak tepung gandum dan tepung beras bersama. Masukkan gula pasir dan gaulkan.
2. Larutkan gula melaka dan garam dengan air. Masukkan ke dalam adunan tepung.Adunkan. Biarkan selama 30 minit.
3. Panaskan minyak dengan api yang kecil. Canai adunan tepung dan terapkan bentuk kuih peneram (acuan ada jual).
4. Goreng hingga timbul dan sentiasa balik-balikkan supaya masak sekata.