
Resepi Kuah Pasembor
Bahan-Bahan:
900 gm ubi keledek
2500 ml air
1 sudu besar asam jawa
75 ml minyak
75 ml air
4 biji bawang merah – dicincang halus
3 biji cili merah – ditumbuk
1 1/2 sudu teh serbuk cili – ikut kepedasan masing2
gula dan garam secukupnya
50 g kacang tanah, digoreng & dikisar halus
1 sudu teh kicap pekat
1 sudu teh cuka
Cara Membuat:
1. Masukkan ubi keledek ke dalam periuk dan rebuskan hingga empuk.
2. Setelah lembut, masukkan ubi keledek ke dalam mesin pengisar serta air yang mencukupi dan kisarkan hingga lumat.
3. Kemudian, campurkan asam jawa dengan 75 ml air. Tapis dan ketepikan.
4. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang merah dan serbuk cili.
5. Setelah itu, masukkan ubi keledek yang dikisar bersama air tadi. Kacau rata. Kemudian, masukkan garam, gula dan air asam jawa.
6. Kacau selalu di atas api perlahan. Kemudian, masukkan kacang tanah, kicap pekat dam cuka.
7. Masak lagi hingga terbit minyak. Hidangkan kuah pasembor bersama bahan-bahan lain taugeh, sengkuang, timun, dan tauhu.