Kek

Resepi Kek Milo Kukus

resepi-kek-milo-kukus

Resepi Kek Milo Kukus

Bahan-Bahan:

Bahan A –

1 cwn milo
1 cwn susu cair
1 cwn minyak
1 cwn gula
1/2 cwn susu pekat

Bahan B – Pukul Kembang

3 biji telur
1 sdk esen vanilla

Bahan C –

1 1/2 cwn tepung gandum
1 sdk soda bikarbonat
1 sdk baking powder

Cara Membuat:

1. Bahan A dicampurkan dan dimasak diatas api yang kecil. Lepas sebati, tutup api.

2. Sejukkan sekejap bahan A dan masukkan Bahan B. Kacau sebati. Masukkan pula bahan C dan kacau lagi.

3. Tapis bahan jika ada ketul-ketul sebelum masuk ke dalam loyang. Sapu mentega dan tepung pada loyang sebelum masukkan adunan.

4. Kukus adunan sehingga masak diatas api yang sederhana. Kukus selama 30 – 45 minit.

5. Bila dah masak, angkat dan sejukkan. Tabur gula aising atau milo atas kek dan hidangkan.

kek-milo-kukus