Resepi Kek Milo Bajet
Bahan-Bahan:
4 sudu besar milo
4 sudu besar susu segar
4 sudu besar tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 biji telur
4 sudu besar gula halus
1 sudu teh esen vanilla
choc rice dan choc chip untuk hiasan
2-3 biji mug atau ramekin – yang boleh dibakar dalam microwave
Cara Membuat:
1. Mula-mula campurkan baking powder dan tepung gandum kemudian ayak sampai rata.
2. Selepas itu masukan milo, susu, minyak jagung, baking powder, gula halus, vanilla, tepung dan telur ke dalam mangkuk pengadun. Kemudian kacau hingga rata.
3. Siapkan ramekin atau mug kemudian tuangkan adunan 1/2 atau 3/4 bahagian mug sahaja. Ini kerana bila dibakar adunan akan tumpah dan kembang. Kemudian taburkan hiasan choc rice dan choc chip diatasnya.
4. Bakar dalam microwave selama 3 minit kerana bila lebih masa ianya akan sedikit keras. Kalau tidak ada microwave boleh gunakan oven dan bakar selama lebih kurang 15 minit dalam oven.