Biskut

Resepi Biskut Lidah Kucing

resepi-biskut-lidah-kucing

Resepi Biskut Lidah Kucing

Bahan-Bahan:

250 gm mentega
175 gm gula kastor
100 gm putih telur
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex/perangup biskut
pewarna : ungu, biru, hijau, kuning,oren dan merah

Cara Membuat:

1. Ayak bersama tepung gandum, tepung jagung dan emplex.

2. Pukul mentega bersama gula kastor hingga halus dan berkrim, guna mixer.

3. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit hingga habis, gaul sebati.

4. Masukkan tepung yang telah diayak tadi, kaup dan balikkan guna spatula.

5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahgian dan masukkan warna untuk setiap bahagian.

6. Masukkan adunan dalam piping bag atau bag plastik, potong muncung bag plastik dan paipkan adunan ke dalam loyang khas utk biskut lidah kucing.

7. Bakar dalam oven dengan suhu 150 celcius selama 15 minit hingga 20 minit.Pastikan jangan sampai biskut keperangan atau hangus nanti warna biskut akan pudar dan tak nampak menyerlah.

8. Angkat biskut bila telah masak dan sejukkan dulu atas redai sebelum simpan dalam bekas kedap udara.

Cuba Resepi Ni:  Cara Buat Biskut Mentega Kacang Tradisi

biskut-lidah-kucing