Puding, Roti

Resepi Puding Roti Lapis Neapolitan

resepi-puding-roti-lapis-neapolitan

Resepi Puding Roti Lapis Neapolitan

Bahan-Bahan :

600ml air
300ml susu putih (susu kotak)
4 keping roti putih (tak perlu buang kulit)
1 paket serbuk agar-agar (10g)
1/2 cawan gula (boleh tambah 1/4 cawan kalau nak lebih manis)
100g white chocolate – dicincang
1 sudu kecil chocolate emulco (warna & perasa)
1/2 sudu kecil strawberry paste (warna & perasa)
1 sudu kecil esen vanila

Cara Membuat:

1. Blend roti, susu dan white chocolate. Ketepikan.

2. Masak air, gula, dan serbuk agar-agar hingga mendidih. Gunakan api yang sederhana.

3. Kecilkan api, masukkan bahan kisar, dan white chocolate. Kacau hingga chocolate cair. Matikan api.

4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Bahagian pertama dicampur dengan strawberry paste. Bahagian kedua dicampur dengan esen vanila dan bahagian terakhir dicampur dengan chocolate emulco.

5. Tuang bahagian pink ke dalam acuan size 6 inci dahulu. Masukkan sebentar ke dalam freezer hingga lapis pertama keras sedikit.

6. Kemudian tuang adunan putih dan ulang proses sama hingga pada lapisan akhir adunan coklat.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Puding Buah Kuah Kastard Simple Tapi Sedap

7. Biarkan puding sejuk sedikit sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.

Puding Roti Lapis Neapolitan