
Resepi Puding Black Pearl
Bahan-Bahan: Untuk Setengah Adunan
20 gm agar-agar
5 3/4 gelas air
3 biji telur
1 1/4 gelas gula
1 tin susu cair
1/2 bungkus cincau ~ dipotong dadu
1/2 sudu makan tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
Cara Membuat:
1. Langkah pertama, masak agar-agar dengan air yang telah disukat tadi sehingga larut.
2. Pukulkan telur dengan gula sehingga sebati. Masukkan susu cair, tepung jagung dan esen vanilla.
3. Pukul lagi adunan ini sehingga sebati. Kemudian masukkan adunan ke dalam agar-agar tadi.
4. Kacau perlahan-lahan dan masak bahan sehingga 30 – 45 minit.
5. Tutup api dan biarkan sebentar. Kemudian masukkan potongan cincau tadi ke dalam adunan agar-agar. Kacau lagi sehingga rata.
6. Masukkan adunan ke dalam acuan dan sejukkan. Setelah sejuk barulah masukkan ke dalam peti ais.