Biskut

Resepi Biskut Alamanda

resepi-biskut-alamanda

Resepi Biskut Alamanda

Bahan-Bahan:

Bahan A –

125 gm butter
100 gm margerin
80 gm shortening atau lemak sayuran
80 gm gula kaster
2 sudu teh cappucino emulco

Bahan B – diayak

350 gm tepung gandum
1/4 sudu teh serbuk penaik atau baking powder
40 gm tepung jagung
40 gm tepung kentang
1 sudu besar susu tepung

Bahan C –

100 gm koko-crunch ~ dikisar
40 gm kacang tanah ~ dipanggang dan dikisar
100 gm coklat rice

Hiasan –

Kuning telur
Coklat masakan putih ~ cairkan kaedah double boiler
Coklat masakan gelap ~ cairkan kaedah couble boiler

Cara Membuat:

1. Pukul bahan A sehingga sebati. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit.

2. Masukkan pula bahan C dan uli sehingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan doh selama 15 minit.

3. Sediakan loyang pembakar dan oleskan dengan sedikit buter. Panaskan oven pada suhu 150C.

4. Canaikan doh di atas 2 lapik plastik supaya doh tidak melekat-lekat. Terap doh dengan penerap biskut.

5. Susun doh di dalam loyang pembakar. Sapukan kuning telur di atas permukaan doh.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Cheesy Batik

6. Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 15 ~ 20 minit atau sehingga doh masak sempurna. Sejukkan doh setelah masak.

7. Hiaskan doh dengan coklat masakan putih dan gelap yang telah di cairkan. Biarkan coklat mengeras sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.

resepi biskut alamanda

NAK LAGI RESEPI BISKUT RAYA? DOWNLOAD APLIKASI ANDROID RESEPI BISKUT RAYA