Ayam

Resepi Ayam Masak Rendang

resepi-ayam-masak-rendang

Resepi Ayam Masak Rendang

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam – potong dan bersihkan
2 btg kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
Seketul pati ayam
Gula melaka seketul – kalau tumbuk jadi satu sudu makan
Gula ikut manis
Garam
Perasa
Daun limau purut – racik halus
Daun kunyit racik halus
Santan sebiji kelapa
Kerisik yang sebungkus kecik/3 sudu makan

Bahan Blender –

3 biji bwg merah
2 biji bwg besar
5 ulas bwg putih
2 inci halia
Seinci lengkuas
4 btg serai
3 sudu mkn ketumbar biji
3 sudu mkn jintan manis
1 sudu mkn jintan putih – jintan putih ni yang hitam. Halus tu ye, jangan tertukar nanti tak sedap
Semangkuk cili api – mangkuk plastik yang kecik jer jangan besar sangat
Buah keras 4 biji
30 biji cili kering – basuh bersih, masak kejap bagi lembut. Kalau tak suka pedas boleh kurang. Saya pakai yang tak berapa panjang, agak-agak lah ye.

Blender sampai betul-betul hancur, kalau nak biji hancur letak sikit minyak

Cara Memasak:

1. Caranya, panaskan minyak dan tumiskan kulit kayu manis dan bunga lawang. Masukkan bahan blender. Tumis kejap ye, biar wangi sekejap.

2. Masukkan ayam, biarkan ayam sedikit kenyal. Masukkan santan, masukkan semua bahan perasa, garam, gula, gula merah dan pati ayam. Biarlah ayam ni masak, lama jugak nak masak. Selalu kacau ye takut hangit kat bawah.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Ayam Masak Dried Chili Bersos

3. Agak-agak separuh kering masukkan kerisik. Masak lagi sampai minyak timbul, masa ni api jangan kuat slow jee. Kena kacau selalu kalau dah masuk kerisik sebab kerisik boleh cepat hangit.

4. Masukkan daun yang diracik. Gaul-gaul kejap boleh tutup api. Jangan lupa rasa ye masa proses masak tambah apa yang tak cukup. Toskan minyak, tak elok makan minyak. Hidangkan.

Resepi Oleh: Rosma Ros