Makanan Laut

Resepi Sotong Masak Kicap Berempah

resepi-sotong-masak-kicap-berempah

Resepi Sotong Masak Kicap Berempah

Bahan-Bahan:

8-10 ekor sotong, dibersihkan
3 sudu besar cili kisar
1 helai daun pandan, carik dan simpul
1 batang serai, dititik
1 biji tomato, hiris nipis
1 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
kicap manis, secukupnya
1 sudu besar sos tiram
1/2 biji bawang besar, hiris nipis

Bahan Kisar/Tumbuk Halus –

1/2 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Bahan untuk rempah tumis:
2 biji bunga lawang
1 batang kayu manis
3 batang cengkih
4 biji buah pelaga

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar halus dan rempah tumis sehingga naik bau.

2. Masukkan cili kisar, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan kacau sehingga pecah minyak.

3. Masukkan pula daun pandan, serai, tomato dan sotong. Apabila sotong sudah separuh masak, tuang kicap manis bersama sos tiram. Masak sehingga sotong lembut.

4. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya. Hati-hati kerana kicap sudah manis.

5. Sebelum angkat, tabur hirisan bawang besar dan kacau dalam 2-3 minit. Angkat dan hidangkan.