Ayam

Resepi Ayam Kari Hijau

resepi-ayam-kari-hijau

Resepi Ayam Kari Hijau

Bahan-Bahan:

1/2 ekor ayam – basuh dan bersihkan
1 paket santan pekat – boleh gantikan dengan susu cair
1 keping asam keping
2 biji ubi kentang – potong 4
minyak masak
garam & gula

Bahan Kisar A –

15 tangkai cili hijau
6 ulas bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
sedikit halia
2 sudu besar rempah kari Babas

Bahan Kisar B –

3 helai daun limau purut
1 atau 2 batang saderi
5 tangkai daun bawang
beberapa helai daun selasih

Bahan Tumis –

bunga lawang
kulit kayu manis
buah pelaga
2 tangkai daun kari

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak masak tumiskan bahan penumis dan terus masukkan bahan kisar A, (kalau boleh kurangkan air ketika mengisar biar pekat) .

2. Masak sehingga pecah minyak, masukkan pula bahan kisar B, kacau rata hingga naik bau.

3. Masukkan ayam dan ubi kentang kacau sekejap dan terus masukkan santan (kalau pekat sangat bolehlaa masukkan sedikit air).

4. Akhir sekali bila kentang dah empuk, ayam dah masak, perasakan dengan garam dan gula serta masukkan asam keping.

5. Bila dah mendidih dan asam keping mula kembang boleh matikan api. Hidangkan.

Resepi Ayam Kari Hijau