Resepi Ayam Goreng Madu Sempoi Memikat Selera
Semalam teringin hidangkan lauk istimewa sikit buat anak-anak. Ayam goreng madu ni memang favourite kami sekeluarga. Resipinya dari Kakak saya. Dia ni kalau masak pejam mata campak pun sedap. Entah apalah jampi dipakainya, haha.
Bahan-Bahan:
- 15-20 ketul Kepak Ayam
- 2 sudu besar Butter
- Sedikit minyak
- 8 biji Bawang merah*
- 3 ulas Bawang putih*
- 1 senduk Cili kisar
- 4 sudu besar Cili sos
- 4 sudu besar sos ABC
- 2 sudu besar Sos tiram
- Madu secukupnya
Kisarkan bahan bertanda (*)
Langkah Memasak:
1. Masukkan butter dan sedikit minyak agar tidak cepat hangus. Kemudian, masukkan bahan kisar dan gaul hingga naik bau.
2. Seterusnya, masukkan cili kisar. Goreng hingga pecah minyak. Masukkan sos cili, sos tiram, sos ABC dan madu. Gaul.
3. Akhir sekali, masukkan ayam. Gaul sehingga agak melekit dan kering. Siap! Boleh lah dihidangkan bersama nasi panas!.
Nota: Make sure kawal api. Api sederhana saja.
Haa senang je kan masak dia? Cubalah!.
Makan Dengan Sambal Minang Ni. Pedas dan Sedap Menambah Selera >> KLIK DI SINI

Resepi Oleh: Nurhayati Maleq


