Kuih Muih

Resepi Apam Beras Mudah

resepi-apam-beras-mudah

Resepi Apam Beras Mudah

Bahan-Bahan:

2 cawan nasi sejuk
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 3/4 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air
2 sudu kecil yis kering – mauripan
Kelapa parut putih dikukus – gaul dengan sedikit garam

Cara Membuat:

1. Blend nasi dan air sehingga hancur. Setelah hancur, masukkan gula dan blend sehingga sebati.

2. Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis. Kacau rata.

3. Masukkan campuran nasi dan gula tadi ke dalam bekas tepung. Kacau sehingga sebati. Perap selama 3 jam.

4. Didihkan air dalam pengukus dan balut penutupnya dengan kain bersih.

5. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil. Masukkan adunan dalam acuan kecil dan kukus selama 15 minit dengan api besar.

6. Angkat dan hidang bersama kelapa yang telah digaul dengan sedikit garam.

resepi-apam-beras-mudah