Snek

Resepi Kroket Kentang Berkeju

resepi-kroket-kentang-berkeju

Resepi Kroket Kentang Berkeju

Bahan-Bahan:

500gm kentang – di kukus hingga lembut dan di lecek
2 batang sosej
50gm keju cheddar di parut
3 sudu besar jagung dalam tin – whole kernel
garam secukupnya
1 sudu teh serbuk lada sulah
minyak untuk menggoreng

Bahan Salutan –

50gm tepung gandum
2 biji telur ayam di pukul sedikit
50gm serbuk roti

Cara Membuat:

1. Kentang di potong dadu, dan kukus hingga empuk serta di lecek.

2. Campur kentang lecek, keju parut, sosej dan jagung, masukkan juga garam, serbuk lada sulah dan uli perlahan-lahan.

3. Bentukkan bulat-bulat seperti bola pingpong. Golekkan adunan di atas tepung gandum hingga rata, celup dalam telur dan angkat.

4. Golekkan semula adunan di dalam serbuk roti hingga rata.

5. Panaskan minyak, goreng adunan hingga masak. Angkat dan bolehlah di hidangkan.

Resepi Kroket Kentang Berkeju