Ayam, Nasi

Nasi Ayam Wangi

nasi-ayam-saffron

Nasi Ayam Wangi

Bahan-Bahan:

500 gram beras – bersihkan dan toskan airnya
700 gram ayam – bahagian peha
secubit herba saffron – rendam dengan sedikit air panas
1 helai daun pandan
500ml air rebusan ayam
1 kiub pati ayam
3 biji bawang putih – hiris halus
3cm halia – hiris halus
3cmkulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
4 sudu marjerin

Bahan untuk perapan ayam:

1 sudu kicap pekat
1 sudu bawang putih kisar
1 sudu halia kisar
1/2 sudu lada hitam – tumbuk
1/2 sudu garam
1 sudu madu
1 sudu minyak bijan
Gaul rata ayam bersama bahan pemerap di atas.

Bahan untuk sambal:

2 biji lada merah
5 biji cili padi
4 biji bawang putih
3cm halia
1 biji tomato
1 sudu gula
1/2 sudu teh garam
3 biji limau kasturi – ambil jusnya
Kisar semua bahan untuk sambal dan gaul bersama garam, gula dan jus limau kasturi

Bahan kicap:

Setelah ayam digoreng, ambil lebihan bahan pemerap dan tambah sedikit kicap, madu dan minyak bijan. Didihkan di atas api.

Bahan hiasan:

bawang goreng
hirisan daun sup
hirisan timun
hirisan tomato

Cara Memasak:

1. Perap ayam dengan bahan pemerap selama 1/2 jam. Ketepikan.

2. Masukkan air dalam periuk pengukus. Biarkan mendidih.

3. Panaskan marjerin dan tumis bawang putih, halia, daun pandan, kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang hingga wangi.

4. Masukkan air rebusan ayam dan kiub ayam. Biarkan mendidih.

5. Masukkan beras bersama herba saffron yang direndam.

6. Kacau sekali sekala hingga beras kembang dan mengering.

7. Pindahkan nasi ke dalam periuk pengukus.

8. Kukus selama 15-20 minit.

9. Sementara menunggu nasi masak dalam kukusan, bolehlah goreng ayam yang diperap tadi.

10. Hidangkan nasi bersama ayam goreng, sambal, kicap dan bahan hiasan.

nasi-ayam-saffron