Blog

6 Jenis Makanan Penyebab Kulit Menjadi Kering dan Kusam

makanan-penyebab-kulit-kering

6 Jenis Makanan Penyebab Kulit Menjadi Kering dan Kusam

Orang yang mempunyai kulit yang sihat akan sentiasa kelihatan lembab dan cantik. Namun begitu, kulit yang sihat juga akan menjadi kering dan kusam akibat dari pemakanan yang tidak baik. Antara makanan tersebut ialah;

1. Keropok

Keropok, kerepek atau makanan bergoreng adalah makanan yang tinggi garam dan boleh menyebabkan dehidrasi sekaligus menyerap air dari kulit. Terlalu banyak garam dalam tubuh akan membuat cairan di dalam sel-sel tubuh menyusut, ini boleh menyebabkan kulit anda menjadi kering.

2. Makanan/Minuman Manis

Makanan manis seperti ais krim, kuih, dan cokelat juga berpotensi besar menyebabkan kulit kering. Seperti garam, terlalu banyak gula dalam tubuh boleh meningkatkan inflamasi tubuh, tidak terkecuali kulit. Gula akan merosakkan kolagen dan menyebabkan kulit kering dan cepat menua.

3. Soda atau Minuman Bergas

Minuman bersoda atau bergas tidak hanya membuatkan tubuh anda menjadi gemuk tapi juga mengakibatkan kulit menjadi kering dan kusam. Kulit menjadi cepat menua dan bahkan penyebab tumbuhnya jerawat.

4. Kopi

Kopi mengandung kafein yang sebenarnya bagus untuk kulit, tetapi jika minum terlalu kerap akan menyebabkan dehidrasi. Kesanya akan semakin buruk jika anda minum kopi dalam keadaan perut kosong.

5. Roti Tawar/Biskut Kering

Roti tawar atau biskut kering adalah makanan bertepung yang tinggi kadar gula dan karbohidratnya, dan inilah yang membuat roti boleh menaikkan kadar gula darah dan insulin tubuh. Kesan berikutnya yang dirasakan adalah merosakkan kolagen kulit, kulit kering dan kusam.

Cuba Resepi Ni:  10 Khasiat Serai yang Anda Perlu Tahu

6. Makanan Tinggi vitamin A

Makanan tinggi vitamin A seperti telur dan keju tentu sangat baik untuk tubuh kerana membantu dalam keseimbangan tubuh dan metabolisme. Tetapi, terlalu banyak mengambil makan makanan tinggi vitamin A, menurut dermatologis Dr. Elizabeth Tanzi, akan memberi kesan negatif seperti kulit menjadi kering.

Itu dia sedikit contoh makanan yang membuat kulit anda menjadi kering. Oleh itu, lebih baik jika anda mengurangkan pengambilanya. Makan makanan secara seimbang dan jangan berlebihan. Banyakkan minum air untuk mengurangkan hidrasi dan meningkatkan kelembapan kulit anda.