Biskut

Biskut Buah Kana Legend Dengan Jem Strawberry

biskut-buah-kana-legend-dengan-jem-strawberry

Biskut Buah Kana Legend Dengan Jem Strawberry

Salam. Resepi Biskut Buah kana lagend ramai yang pm saya nak resepi biskut ni. Resepinya di bawah ye.

Bahan-Bahan:

  • 1 ketul butter (saya guna pure butter)
  • Dua cawan tepung gandum (tambah Jika doh masih lembik)
  • Satu cawan gula aising
  • Satu cawan tepung custard
  • Satu cawan tepung jagung
  • Satu biji kuning telur
  • Satu sudu kecil asen vanilla

Cara Buat:

1. Mix butter, gula aising, telur, dan asen vanilla. Masukkan tepung gandum dan jagung. Uli sampai jadi doh ye.

2. Sapukan tepung gandum dekat acuan supaya senang nak keluarkan adunan yang dimasukkan dalam acuan tadi. Kemudian bakar, suhu ikut oven masing-masing (15-25 minit).

3. Keluarkan dari oven dan biarkan sehingga sejuk, baru sapu inti kegemaran masing-masing (saya guna jem starwbery). Saya halal kan resepi ini untuk dibuat meniaga ye. Terima kasih.

Guna Acuan Ni Kalau Nak Buat >> https://shope.ee/5AH2aPzms4

Biskut Buah Kana Legend Dengan Jem Strawberry

Resepi Oleh: Mashitah Amin