Resipi Mayonis Homemade Rasa Lebih Sedap dan Sihat

Resipi Mayonis Homemade Rasa Lebih Sedap dan Sihat

Dah lama cari resepi mayonis yang sedap dan tak masam sangat, kali ni dapat jugak!. Resepi ni memang best! Siapa yang suka garlic mayonnaise Hellmans atau Heniz tu boleh try yang ni. Serius tak tipu! memang sedap, lemak berkrim. Modal tak sampai 15 hinggit dah dapat satu bekas besar. Boleh simpan buat stok dalam peti ais 2, 3 bulan pun tahan.

Bahan-Bahan:

  • Bawang Putih 3 Ulas kecik
  • Susu Full Cream 1 kotak kecik
  • Cuka makan 1 1/2 sudu besar
  • Telor 4 biji
  • Minyak jagung 2 senduk besar
  • Mix Herbs (1/2 kecik optional)
  • Black pepper (1/2 sudu kecik optional)
  • Garam secukup rasa
  • Gula 1 sudu kecik
  • Chicken stok 1/2 kuib
  • Butter 1 sudu besar (optional)

Cara Membuat:

1. Blend semua bahan di atas ni sampai gebu. Jangan blend sekejap sangat nanti tak gebu. Dah siap blend masukkan dalam periuk, buka api paling low dan panaskan. Sepatutnya tak perlu sebab dah jadi elok tapi saya buat sebab nak bagi tahan lama since kita tak guna ubat penahan bila nak simpan buat stok nanti.

2. Masa panaskan ni kacau tanpa henti. For sure dia akan jadi ketul-ketul. Kacau je sampai semua likat then add on bancuhan tepung jagung (2 sudu besar tepung jagung + air setengah cawan kecik). Letak sikit-sikit dan kacau je sampai likat. Boleh tambah air sikit kalau terlalu berketul.

3. Tunggu sejuk jap dalam 10 minit, then masuk dalam blender balik. Blend sampai halus dan gebu. Siap!. Simpan dalam peti berbulan tahan. Nak bagi tahan lama, scoop dengan sudu kering. Nak sedap lagi bila nak guna, chopped parsley dan tabur kat atas. Selamat Mencuba.

Guna Herba Campuran Macam Ni Untuk Rasa Mayonis Lebih Sedap >> KLIK DI SINI

Resipi Mayonis Homemade Rasa Lebih Sedap dan Sihat

Resepi Oleh: Shahmila Radha