Resepi Sambal Tauhu Ikan Bilis Bertambah Selera
My comfort food – School Edition. Teringat dulu masa sekolah memang favorite sangat lauk sambal tauhu. Dekat dewan makan masa makan malam ada lauk sambal tauhu. Sampai lepas sekolah, sanggup suruh mak ajar dan keep suka lauk ni sampai dah anak dua. Kalau sampai kedai, aku nampak sambal tauhu wajib amik.
Bahan-Bahan:
- Sejemput Ikan Bilis Ditumbuk
- 2 biji bawang merah sederhana besar
- 6 ulas bawang putih
- Tauhu – Belah 4
- 2 senduk cili kisar
- Air asam jawa
- Sedikit gula Melaka
- Garam dan Perasa
Cara Memasak:
1. Tumbuk sejemput ikan bilis, 2 biji bawang merah sederhana besar dan 6 ulas bawang putih. Kalau guna tauhu putih kena goreng dulu, kalau guna tauhu bergoreng boleh je terus masuk. Belah 4 bahagian ye tauhu tu. Isikan minyak masak dalam kuali, tumis bahan tumbuk. Tumis sampai naik bau, masukkan 2 senduk cili kisar.
2. Guna api besar dahulu masak sampai garing, masukkan sedikit air. Perlahankan api, biarkan sambal reneh sampai air kering dan ulang lagi sekali masuk sedikit air, sampai warna gelap. Sambal dah garing dan pecah minyak, masuk air asam jawa dan sedikit gula Melaka ikut suka.
3. Masukkan tauhu kita, tunggu 10 minit sehingga air sambal kering sedikit dan tahu serta sambal meresap elok. Perasakan dengan garam. Tutup api makan dengan nasi pepanas. Makan dengan telur mata goyang pun sodap ni. Selamat mencuba.
Lagi Bertambah Sedap Kalau Makan Dengan Sambal Minang Ni >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Syalfarina Razali


