
Resepi Roti Paun
Bahan-Bahan:
6 cawan tepung gandum
1 ¾ cawan susu cair/susu segar
¾ cawan gula halus
1 paket (11 gm) yis
3 biji telur
¼ cawan mentega, dicairkan
sedikit pewarna kuning
Cara Membuat:
1. Campurkan susu cair atau usu segar, telur, gula dan yis. Kacau sehingga sebati dan biar yisnya berbuih sedikit.
2. Kemudian campurkan mentega yang telah dicairkan dan sedikit pewarna kuning.
3. Masukkan tepung ke dalam bread machine dan uli sehingga ia menjadi doh yang lembut dan sebati. Boleh juga guna mixer dan uli dengan tangan.
4. Perapkan adunan sehingga ia naik dua kali ganda. Bila adunan telah naik dua kali ganda tumbuk doh dan uli lagi.
5. Kemudian ambil setiap doh adunan seberat 80 gram dan bentukkan bulat (timbang 65 gm, dapat 20 ketul).
6. Sapukan loyang bulat dengan mentega dan susun doh yang telah dibulatkan ke dalam loyang.
7. Perap lagi doh sehingga ia naik dua kali ganda. Setelah doh naik letakkan sedikit mentega diatas doh roti. Bakar dalam ketuhar pada suhu 170’C selama 20 minit sehingga ia kekuningan.
8. Keluarkan roti dari ketuhar sewaktu ia panas sapukan lagi dengan mentega. Sedia untuk dihidang.