Pastry

Resepi Risoles Meatloaf Berkeju

resepi-risoles-meatloaf-berkeju

Resepi Risoles Meatloaf Berkeju

Bahan-Bahan:

Bahan Kulit –

100gm tepung gandum
1st garam
2 biji telur
350ml susu cair
50gm butter cair

Bahan Inti –

3 biji telur (direbus dan dihancurkan)
4sb isi ikan (direbus dan dihancurkan)
chiken meatloaf secukupnya (dipotong)
keju cheddar slice secukupnya (dipotong)
lada sulah secukupnya
mayonis secukupnya

Bahan Salut –

2 biji telur (dipukul)
serbuk roti yang dah dihaluskan (blender)

Cara Membuat:

1. Satukan semua bahan kulit, gaul rata hingga sebati dan halus.

2. Tapiskan adunan dan perap sekejap lebih kurang 30 minit.

3. Guna kuali non stick, ambil sedikit adunan, buat seperti membuat kuih [email protected] ketayap. Buat hingga habis.

4. Bahan inti: satukan telur rebus, ikan rebus, lada sulah dan mayonis. Gaul sebati.

5. Ambil satu kulit risoles, letak meatloaf, letak inti dan letak keju. Gulung atau lipat empat segi. Buat hingga kulit habis.

6. Golek risoles dalam telur kemudian salut pula dengan bread crumbs, buat hingga habis.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Donut Red Velvet

7. Simpan dalam peti ais dulu dalam 1 jam supaya bread crumbs tu betul-betul sebati dan tak tertanggal bila digoreng. Jika nak makan lain hari, boleh simpan dalam frezzer.

8. Keluarkan dari peti ais dan goreng hingga garing keemasan.

Risoles Meatloaf Berkeju