Kuih Muih

Resepi Pulut Panggang

resepi-pulut-panggang

Resepi Pulut Panggang

Bahan-Bahan:

1kg beras pulut | direndam semalaman
1 liter santan cair
Secubit garam

Bahan Inti –

1/2 biji kelapa parut
50gm udang kering | direndam dan dikisar
1 sudu makan serbuk jintan manis | disangai dan dikisar
1 sudu makan serbuk jintan putih | disangai dan dikisar
2 sudu makan bawang merah kisar
1 sudu makan bawang putih kisar
1 sudu makan bahan kisar halia, serai, lengkuas, kunyit
125gm cili boh
125ml air
Garam secukup rasa
Daun pisang – untuk membungkus

Cara Membuat:

1. Basuh beras pulut bersih dan tos airnya. Kukus pulut setengah masak kemudian curahkan campuran santan bersama garam rata.

2. Biarkan pulut dikukus lagi sehingga masak dan angkat. Ketepikan.

3. Untuk intinya, panaskan minyak kemudian tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.

4. Kemudian masukkan udang kering kisar dan biarkan masak seketika. Masukkan cili boh dan biarkan masak sehingga garing.

5. Kemudian barulah dimasukkan kelapa parut bersama air, gula, garam, serbuk jintan manis, jintan putih serta bahan kisaran halia, lengkuas, serai dan kunyit. Gaulkan rata dan biarkan sedikit kering.

6. Ambil daun pisang yang sudah dilayurkan kemudian sapukan minyak dan letakkan sesudu pulut panas. Kemudian letakkan inti dan balut kemas.

7. Kemaskan hujungnya dengan lidi dan bakar sehingga masak.

pulut-panggang