Puding, Roti

Resepi Puding Roti Epal Karamel

resepi-puding-roti-epal-karamel

Resepi Puding Roti Epal Karamel

Bahan-Bahan:

12 keping roti – dibuang kulit
2 cawan susu segar
1/2 cawan gula
4 biji telur
1/4 cawan minyak jagung
1 sk esen vanila
2 sudu besar mentega
1 cawan gula – boleh kurangkan jika suka
2 biji epal hijau – dibuang kulit dan potong dadu
10 biji kurma
Gula ising

Cara Membuat:

1. Potong tepi kulit 9 keping roti dan koyakkan. Rendamkan roti dengan susu di dalam satu bekas selama 1/2 jam.

2. Pukul telur dan 1/2 cawan gula hingga kembang. Masukkan esen vanila dan minyak jagung. Kacau rata.

3. Karamel – Cairkan 1 cawan gula di atas kuali hingga keperangan seperti buat gula hangus. Masukkan mentega dan epal yang telah dipotong dadu.

4. Kacau rata. Tutup api dan terus curahkan karamel ke dalam no 2 dan kacau.

5. Kemudian masukkan bancuhan tadi di dalam bancuhan roti (no.1).

6. Masukkan kurma yang telah dihiris dan kacau rata. Ketepikan.

7. Ambil 3 keping roti dan koyakkan dan susun dalam bekas membakar.

8. Curahkan semua bahan tadi ke dalam bekas pembakar. Pastikan semua roti tadi terendam.

9. Bakar pada suhu 180 C selama 40 minit atau sehingga keperangan.

10. Keluarkan dan sejukkan. Ayak gula ising di atas puding jika suka.

puding-roti-epal-karamel