Resepi Minuman Air Katira

Resepi Minuman Air katira

Bahan-Bahan:

Air
Gula pasir ~ Secukup rasa
15 biji badam ~ tanpa kulit
1 tin susu cair
Daun pandan
100 g katira (getah anggur)
Sedikit pewarna hijau

Bahan Isian Tambahan –

Segenggam kembang semangkuk ~ direndam berasingan
1 sudu besar biji selasih ~ direndam berasingan
Hirisan buah kurma
Cincau ~ dipotong
Kacang tanah goreng ~ dibuang kulit
Cendol
Ketulan ais secukupnya

Cara Membuat:

1. Rendam dahulu katira hingga kembang semalaman.Tapis dan bersihkan.

2. Masak air, gula dan daun pandan sehingga gula larut. Kuantiti air ikut citarasa anda.

3. Kisar badam bersama sedikit air hingga halus dan tapiskan ke dalam air gula tadi dan masak lagi hingga mendidih, kacau sentiasa. Matikan api dan biar sejuk.

4. Setelah air sejuk, masukkan susu cair dan katira dan gaul rata. Titikkan pewarna hijau dan pewarna lain jika suka dan tambahkan bahan-bahan isian lain secukupnya.

5. Sejukkan dalam peti sejuk.

air-katira