
Resepi Masak Ketam Berlada
Bahan-Bahan:
Ketam dikerat 2 atau 1 ekor
Pes cili (4 sudu)
Bawang merah (4 ulas)
Bawang putih (1 ulas)
Bawang besar dipotong ulat (1/2 biji)
Air asam jawa (secukupnya)
Garam (secukup rasa)
Gula (secukup rasa)
Minyak untuk menumis (secukupnya)
Cara Memasak:
1. Tumis bawang putih (diketuk) hingga wangi, diikuti dengan bawang merah (dipotong halus).
2. Masukkan pes cili. Kacau hingga pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula. Kacau sebati.
3. Masukkan bawang besar. Biar hingga bawang besar layu. Barulah masukkan ketam dan air asam jawa. Kacau sebati.
4. Tutup kuali supaya ketam masak sekata.
5. Kacau hingga pecah minyak sebelum dihidang.