Ayam, Roti

Resepi Kebab Ayam

resepi-kebab-ayam

Resepi Kebab Ayam

Bahan-Bahan:

400 gm Isi ayam – dihiris nipis memanjang
1 labu bawang besar – dimayang
2 sudu besar cili kisar
1 tangkai daun ketumbar-dikerat 2 cm
1 batang timun – dihiris nipis
2 biji tomato – dihiris nipis
1 batang lobak merah – diparut memanjang
2 sudu besar sos cili
4 sudu besar mayonis
1 sudu kecil serbuk lada hitam
½ sudu kecil serbuk oregano
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Roti pita

Cara Membuat:

1. Untuk membuat inti, panaskan minyak dan tumiskan bawang besar. Kacau biar layu sedikit kemudian masukkan cili kisar dan sedikit air. Kacau hingga rata dan biarkan hingga pecah minyak dan garing.

2. Masukkan ayam, garam, 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam, oregano dan sedikit air. Kacau hingga rata dan biarkan hingga ayam empuk.

3. Masukkan daun ketumbar dan kacau hingga rata kemudian padamkan api.

4. Satukan sos cili, mayonis (tinggalkan sedikit untuk di sapu ke atas roti), dan baki serbuk lada hitam kemudian gaulkan hingga sebati.

5. Roti pita disapukan dengan sedikit mayonis di dalamnya. Masukkan satu sudu besar inti ayam kemudian taburkan lobak merah parut, hirisan tomato dan timun. Akhir sekali sapukan sos yang telah digaul tadi.

kebab-ayam