Resepi Ibu Sambal Mudahkan Kerja-Kerja Memasak Di Dapur

Resepi Ibu Sambal Mudahkan Kerja-Kerja Memasak Di Dapur

Alang-alang dah cuti ni kita buat Ibu Sambal je la. Bukan rajin sangat pun tapi Ibu Sambal ni memudahkan kerja-kerja memasak nanti. Tapi kena fokus dan kacau selalu, jika tidak ada yang berkerak di bawah. Bagi yang tak dak keje jom buat sama-sama.

Bahan-Bahan:

  • 150gm cili kering
  • 3 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang Merah
  • 2 labu bawang Putih
  • 2 keping asam keping
  • Minyak masak secukupnya (jangan kedekut)
  • Garam (sedikit sahaja)
  • gula dan serbuk perasa

Cara Membuat:

1. Blend bawang-bawang dulu dengan minyak. Sukatan minyak 3/4 daripada bawang-bawang dalam balang blender. Blend cili kering yang sudah dipotong dan rebus. Sukatan minyak 3/4 cili dalam balang blender. Kalau buat sikit boleh blend semua bahan-bahan bersama.

2. Masukkan bawang blend ke dalam periuk. Kacau seketika. Bila dah gelegak, masukkan cili kering pulak. Kacau selalu supaya tak hangit. Bila guna minyak sepenuhnya potensi untuk hangit sangat tinggi tapi yang bagusnya ia tidak merecik dan sambal cepat masak.

3. Masukkan garam, gula dan asam keping serta serbuk perasa. Kacau lagi sampai sejam atau 2 jam terpulanglah kepada kekuatan tenaga masing-masing. Bila dah sejuk masukkan ke dalam bekas-bekas plastic.

4. Yang tak nak guna lagi boleh simpan kat freeze. Yang nak guna selalu simpan kat chiller je. Boleh tahan sebulan.

Nota: Bila nak memasak, kaup sikit sambal pastu letak minyak, jika perlu dan boleh tambah belacan, sos-sos lain serta serai mengikut resepi masing-masing. Sebab tu garam tak boleh banyak sebab belacan dan sos tiram dah masin. Jangan lupa add on hirisan bawang holland jika buat masakan sambal.

Boleh Cuba Sambal Minang Ni. Pedas dan Sedap Juga >> KLIK DI SINI

Resepi Ibu Sambal Mudahkan Kerja-Kerja Memasak Di Dapur

Resepi Oleh: Maestro Wan Ateh