snek

Resepi Homemade Kerepek Kentang

resepi-homemade-kerepek-kentang

Resepi Homemade Kerepek Kentang

Bahan-Bahan:

Kentang 6 biji (mengikut kuantiti yang diperlukan)
2 sudu cuka makan
1/2 sudu makan serbuk kari (Boleh ditukar dengan blackpepper ataupun garam sahaja)
Sedikit garam
Satu periuk air untuk merebus kentang
Minyak untuk menggoreng

Cara Membuat:

1. Kupas kulit kentang. Hiris nipis-nipis kentang, lebih mudah dengan menggunakan penyagat atau slicer.

2. Didihkan air bersama cuka dan garam. Masukkan kentang yang dihiris ke dalam air rebusan selama 3minit (supaya kentang kekal rangup dan tidak lembik apabila digoreng).

3. Basuh dan tos kan kentang, biarkan kentang dalam keadaan kering. Boleh juga gunakan oven pada suhu rendah untuk mempercepatkan pengeringan.

4. Goreng kentang sehingga kuning keemasan dan rangup. Angkat dan toskan minyak.

5. Masukkan ke dalam bekas dan masukkan garam/blackpepper/serbuk kari.

6. Tutup bekas dan goncang agar perasa sebati dengan kentang. Simpan dalam bekas kedap udara.