Resepi Cucur Sayur
Bahan-Bahan:
1 1/2 cawan tepung gandum @ secukupnya
1 genggam daun bawang – dicincang halus
1 genggam daun sup – dicincang halus
1/2 biji bawang besar – dicincang halus
1 batang lobak – dihiris halus
1 biji telur
2 biji cili merah – dihiris halus
sedikit serbuk kunyit
sedikit soda bikarbonat
sedikit garam secukup rasa
air secukupnya
Cara Membuat:
1. Masukkan kesemua bahan kecuali air ke dalam mangkuk besar.
2.Masukkan air sedikit demi sedikit dan sesuaikan dengan kepekatan atau kecairan doh..jgn terlalu keras atau lembik.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng hingga keemasan.
4. Angkat dan toskan. Hidangkan bersama sos cili.