Roti

Resepi Roti Marble

resepi-roti-marble

Resepi Roti Marble

Bahan-Bahan:

200 gram tepung roti
50 gram tepung gandum
1 sudu besar butter atau marjerin
140 ml susu segar
1 sudu kecil yis
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil bread improver
1 sudu besar serbuk koko dibancuh dengan sedikit air

Cara Membuat:

1. Masukkan semua bahan kecuali serbuk koko, uli sampai tak melekat pada jari. kalau ade BM (Bread Maker) tekan On je. Perap doh selama 40 minit. kemudian tumbuk-tumbukkan doh tadi, keluarkan angin.

2. Bahagikan doh pada tiga bahagian. satu bahagian masukkan bacuhan koko tadi, kalau telembik buleh tambah sedikit tepung dan uli macam biasa. Pastikan adunan betul betul sebati, warna sekata untuk doh coklat tu.

3. Satukan doh yang baki tadi dan terap memanjang. letakkan doh coklat di tengah-tengah. Tutupkan keseluruhan adunan tadi. Potong tiga adunan dan anyam bentuk tocang.

4. Letakan doh dalam sandwish loaf. Biarkan naik dua kali ganda dan bakar pada suhu 160 darjah selama 25 minit atau hingga permukaanya perang. Bila siap dibakar, sejukkan atas redai.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Roti Puri Kentang Tanpa Yis

Resepi Roti Marble