Ayam, Pastry

Resepi Pai Ayam Black Pepper

resepi-pai-ayam-black-pepper

Resepi Pai Ayam Black Pepper

Bahan-Bahan:

Bahan A (Pastry) –

2 cawan tepung gandum1 sudu kecil garam
5 sudu makan butter ( tidak masin)
1 sudu makan cuka (jika suka)
air ais

Bahan B (Inti Ayam) –

1 keping dada ayam (hiris kecil2)
1 labu bawang besar (hiris dadu kasar sikit)
3 ulas bawang putih ( cincang)
5-6 biji cendawan shitake @ apa2 jenis pun boleh (hiris)
1 1/2 sudu makan lada hitam tumbuk (jgn terlebih buboh nnti pahit pulak)
2 batang lada merah (hiris)
1 1/2 udu makan tepung gandum
1/4 cawan air
1/3 cawan susu @ santan
1/2 sudu makan gula
1/2 sudu makan serbuk pati ayam
3 tangkai daun sadri/parsly cina (hiris)
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara Membuat:

Bahan A (pastry) –

1. Gaulkan tepung dengan garam dan masukkan butter dan gaulkan menjadi abuk roti.

2. Satukan 3 sudu makan air ais dengan cuka dan tuangkan ke dalam adunan tepung dan gaul menjadi doh yang lembut (Jika adunan nampak/rasa keras tambahkan air ais sedikit demi sediki dan uli sampai jadi doh lembut).

3. Balut dalam plastik dan simpan dalam peti sejuk.

Bahan B (Inti Ayam) –

4. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih, bawang layu masukkan ayam dan lada hitam. Kacaukan.

Cuba Resepi Ni:  Cara Buat Ayam Masak Kicap Kering

5. Masukkan air dan kesemua bahan lain, masak seketika, bila agak pekat, tutup api. Taburkan daun sadri/parsly cina (Jangan terlalu kering). sejukkan.

Menyediakan Pai Ayam –

6. Canaikan pastry doh tadi kepada dua bahagian dan masukkan satu bahagian kedalam loyang yang digriskan. Masukkan inti.

7. Tutup permukaan dengan pastry yang satu lagi, kalau tutup penuh hendaklah dilubangkan/digores dengan pisau sedikit agar wap panas dapat keluar.

8. Sapukan atas pastry dengan telur. Kemudian bakar selama 50 minit atau masak (keperangan).

Pai-Ayam-Black-Pepper