Kek

Resepi Kek Strawberry Chiffon

resepi-kek-strawberry-chiffon

Resepi Kek Strawberry Chiffon

Bahan-Bahan:

Bahan A – (diayak 3 kali)

150g tepung kek superfine (tepung gandum pon xpe)
1 sudu kecil baking soda

Bahan B –

4 biji kuning telur
70g gula kastor
secubit garam

Bahan C –

85ml minyak jagung
2 sudu kecil perasa strawberry
1 1/2 sudu kecil warna merah/pink
110ml susu segar

Bahan D –

4 biji putih telur
70g gula halus
1/2 sudu kecil cream of tartar
1 sudu kecil jus lemon -aku ganti nih

Cara Membuat:

– Panaskan oven 170c.

1. Dalam mangkuk besar, putarkan bahan B sehingga kembang. Kemudian, masukkan minyak dan teruskan putar sehingga sebati dan kembang. Masukkan perasa strawberry, warna merah/pink dan susu segar. Putar sehingga sebati.

2. Gunakan spatula, masukkan bahan A sedikit demi sedikit. Kacau dengan kaedah kaup balik. Kacau sebati. Jangan terlalu lama mengacau.

3. Untuk bahan D, gunakan mangkuk lain yang bersih. Putarkan putih telur dengan kelajuan maksima sehingga berbuih. Masukkan jus lemon dan putarkan. Kemudian, masukkan gula dan putar sehingga kembang dan kental (soft peak). Kalau terbalikkan mangkuk, putih telur tak jatuh.

4. Masukkan separuh adunan putih telur ke dalam adunan pandan tadi. Gunakan spatula dengan kaedah kaup balik sehingga sebati.

5. Kemudian, masukkan adunan (4) tadi ke dalam separuh lagi adunan putih. Dengan kaedah yang sama, kacau sehingga sebati.

6. Masukkan kedalam loyang dan bakar sehingga 40-45 minit. Sejukkan dengan kaedah menelangkupkan loyang chiffon supaya kek tidak mendap. Setelah itu, bolehlah dihidang.

Kek-Strawberry-Chiffon