Sambal Ijo Padang Sedap Makan Dengan Nasi Panas
Hai semua. Saya datang lagi dengan resepi sambal yang baru. Harini nak share resepi sambal ijo atau juga dikenali sebagai sambal hijau. Resepi ni saya dapat dari kawan Indonesia yang memang berasal dari Kota Padang. Sambal ni terpaling senang. Buat banyak-banyak terus, nanti boleh simpan buat stok dalam peti ais.
Bahan-Bahan:
- Cili padi hijau
- Cili besar hijau
- Tomato hijau (saya guna tomato biasa je)
- Bawang merah
- Bawang putih
- Daun limau purut
Cara Membuat:
1. Rebus semua bahan (kecuali daun limau purut) dalam periuk dengan air yang banyak. Guna api besar. Rebus sehingga semua bahan lembut dan kulit tomato pun terkopek. Tutup api.
2. Toskan bahan rebusan tadi. Buang air rebusan tu dan tunggu sehingga bahan sejuk. Bila dah sejuk, boleh chopped guna chopper. Nak blend pun boleh. Tapi jangan terlalu hancur sehingga menjadi pes.
3. Panaskan kuali dengan minyak masak. Tuang bahan rebusan yang dah kita chopped tadi. Tumis sehingga pecah minyak. Perasakan lah ikut citarasa masing-masing. Nak garam, gula, secukup rasa, pak aji, mushroom seasoning, ikut suka. Jangan lupa letak daun limau purut.
4. Bila dah siap, boleh makan dengan nasi putih dan ayam goreng. Macam makan nasi ayam penyet tu. Uih sedap! Selamat mencuba.
Boleh Cuba Sambal Minang Ni Juga, Bertambah Selera >> KLIK DI SINI
Resepi Oleh: Juwita Afifah