Resepi Wantan Goreng Boleh Makan Dengan Mee Kicap
Dah lama sangat kan Kak M tak masukkan resepi step by step kat sini. Lately nih busy sangat. Masak tu sempat, tapi nak snap gambar tu yang halahhh halahhh tak nyempat aje. Semalam kesana kemari macam tak cuti. Jadi hari ni kita gembirakan hati dengan memasak.
Masa memula nak buat menu nih wahhh kemain seronok sebab dah lama nak try. Mudah jer sebenarnya. Tapi banyak step. Kena ‘sod ba ro’ baru boleh buat menu nih. Dah jom kita tengok resepi step by step. Jangan pening okeh! Easy pizy kata puteri bongsu.
Bahan Wantan Goreng:
- Kulit Wantan (Boleh beli kat supermarket)
- Ayam kisar atau dicincang halus
- Daun bawang potong halus
- Carrot disagat halus
- Bawang potong dadu
- Bawang putih cincang halus
- Kicap Cair
- Lada sulah
- Garam
Cara Membuat:
1. Gaul semua bahan sampai sebati. Letakkan satu sudu kecil inti ayam atas kulit wantan. Letak air sikit pada keliling kulit wantan dan lipat. Goreng sampai kuning keemasan.
Nota: Simpan sebahagian wantan untuk buat sup ya.
Bahan Mee Wantan Kicap:
- 4 ‘gumpal’ Mee wantan (celur dulu) – pastikan yang “HALAL”
- 2 sudu besar Minyak bijan
- 3 sudu besar Kicap pekat
- 2 sudu besar Kicap cair
- 2 sudu besar Sos tiram
- Sayur siew pak choi
Cara Membuat:
2. Campur semua minyak dan kicap tu dalam pinggan. Kemudian masukkan mee wantan tu, pastu gaul rata. Tak perlu masak.
3. Tabur daun bawang kalau suka. Letak sayur siew pak choi yang dah di celur di atas mee.
Bahan Sup Wantan:
- 1 Litre Air
- 1 kiub ayam (kak M pilih yang tanpa MSG)
- 3 ulas bawang putih (cincang halus)
- Sikit minyak bijan
- Sikit Lada sulah
- Daun Bawang
- Wantan yang kita buat tadi
Cara Membuat:
4. Didihkan air. Masukkan bawang putih, kiub ayam dan lada sulah. Kemudian masukkan wantan yang dah siap tadi dalam sup.
5. Masakkan sekali dengan sup. Dah nak siap, tabur daun bawang. Siap!
Bila nak makan hidangkan semua sekali. Mee wantan kicap, Wantan Goreng dan Sup Wantan. Ehhh nak potong cili api pun boleh. Tapi kak M dah penat sangat tadi, nak buat cili potong pun dah tak larat. Melampau kan. Selamat mencuba!
Boleh Guna Mee Wantan Jenama Ni, Keluaran Muslim >> KLIK DI SINI
Resepi Oleh: Marina Ismail