Resepi Puding Jagung Rasa Lebih Lembut Lemak Berkrim
Hari ni, saya buat puding jagung. Puding jagung yang saya buat ni, menggunakan resipi asas membuat agar-agar tetapi hasilnya lebih lemak berkrim dan lembut serta sedap dimakan ketika masih sejuk. Nanti, bolehlah ibu ayah cuba buat dengan anak-anak sempena cuti sekolah dan makan bersama dengan keluarga tersayang. Selamat mencuba.
Bahan-Bahan (7 bekas berisipadu 250 ml):
- 10 g serbuk agar-agar
- 120-150g (1/2 – 2/3 cawan) gula pasir (saya guna 120 g)
- 1/4 sdt garam halus
- 2 sdb tepung kastard
- 800 ml (3 1/4 cawan) air
- 175 ml (3/4 cawan) susu cair
- 125 ml (1/2 cawan) santan
- 1 tin (425 g) (1 2/3 cawan) jagung berkrim
- 3-4 titik pewarna kuning (pilihan)
- Jagung dalam tin (pilihan)
Cara Penyediaan:
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk. Kacau dengan ‘whisk’ sehingga tepung tidak lagi berketul dan melekat di dasar periuk.
2. Panaskan larutan puding dan pastikan sentiasa dikacau sehingga mendidih. Tutup api dan masukkan puding ke dalam bekas.
3. Sejukkan seketika dan masukkan puding ke dalam peti sejuk sehingga set. Hiaskan dengan isi jagung sebelum dihidangkan.
Nota: Dalam resipi ini, saya menyukat bahan-bahan dengan menggunakan sukatan metrik.
Guna Alat Sukatan Macam Ni, Mudah Nak Sukat Bahan-Bahan Masakan >> KLIK DI SINI
Resepi Oleh: Noor Ashikin Saerah