Resepi Lempeng Kosong dengan Sambal Bilis Kentang
Minum petang yang sangat ringkas dan mudah disediakan, lempeng kosong dan sambal bilis kentang. Memang sedap!, tak sedar sudah beberapa keping lempeng masuk ke mulut sambil cicah sambal bilis kentang ni. Jom cuba buat!
Bahan & Cara Buat Lempeng Tepung Gandum (20 gulung):
- 3 cawan tepung gandum
- 3 cawan air
- Sedikit garam
Gaul sebati atau masuk je blender siap! Masa masak lempeng buat nipis je takyah tebal-tebal.
Bahan Sambal Ikan Bilis & Kentang:
- 5-6 ulas bawang merah
- 4-5 ulas bwg putih
- cili kering (saya beli RM2.00 so tak tau sukatan dia berapa),
- ikan bilis (RM3.00)
- Kentang 3 biji hiris nipis
- Air asam jawa 1 cawan
- 7 sdb gula (if tak suka manis boleh kurangkan)
- 1 sdk garam
- 1 sdk bahan perasa
- Minyak masak (lebih kurang secawan)
Cara Membuat:
1. Rebus dulu cili kering. Kemudian blend sekali dengan bawang merah dan bawang putih sampai hancur. If nak lagi sedap, boleh blend sikit dengn ikan bilis.
2. Goreng kentang dulu sampai warna keemasan. Kemudian masukkan minyak yang banyak untuk bagi sambal tu cantik dan berkilat. Tumis bahan-bahan yang dikisar, ikan bilis, gula, air asam jawa, garam dan bahan perasa dalam periuk atau kuali.
3. Kentang masukkan akhir sekali sebab kentang kita dah goreng awal-awal tadi kan. Tutup periuk/kuali untuk elak memercik, dan masakkan sambal dengan api perlahan. Biarkan je atas dapur, sesekali godak sambal untuk elak hangit kat bawah.
4. Masak sampai sambal masak dan pecah minyak. Sambal dah masak nanti memang minyak berladung, cedok je minyak berladung atas tu buang atau simpan lah buat tumis menu lain nanti. Best ni makan panas-panas memang sedap.
Lempeng Kalau Makan Dengan Sambal Minang Ni Pun Sedap Juga >> KLIK DI SINI
Resepi Oleh: Nur Ezzatul Aqma Zulkanain