Resepi Fudgy Brownies Nampak Hitam Tapi Sedap
Semalam mengemas peti ais dan stok-stok makanan kering. Maka timbul ilham untuk menggunakan bahan-bahan yang masih berbaki dari bulan puasa lepas. Maka lahirlah resepi brownies mudah, chewy and gooey fudgy brownies.
Bahan-Bahan:
- 1 cwn mentega/marjerin (cairkan) – saya cairkan dalam microwave
- 1 cwn gula
- 1 cwn brown sugar
- 2 sudu teh esen vanila
- 4 biji telur
- 3/4 cwn serbuk koko (resepi asal Hershey Cocoa)
- 1 cwn tepung kek (resepi asal all-purpose flour)
- 1/2 sudu teh baking powder
- 1/4 sudu teh garam
Cara Membuat:
1. Panaskan oven dengan suhu 170C. Adunkan mentega cair, gula dan esen vanila hingga sebati. Masukkan telur sebiji demi sebiji gaul sebati setiap kali masukkan setiap biji telur.
2. Seterusnya, masukkan serbuk koko dan gaul sebati. Masukkan tepung, baking powder dan garam. Adun sebati kesemua bahan. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah digris dengan mentega atau dilapik dengan baking paper.
3. Bakar adunan selama 30 sehingga ke 35 minit atau sehingga brownies mula menarik dari tepi loyang. Sejukkan dulu brownies setelah masak.
Sumber resepi dari laman web BigOven iaitu Hersheys Best Brownies.
Guna Serbuk Koko Macam Ni Baru Betul Rasa Coklat >> KLIK DI SINI
Resepi Oleh: نورليذا عزيز