Agar-Agar Sirap Ros Sesuai Untuk Jamuan Sekolah
Puasa-puasa ni dapat berbuka dengan agar-agar sejuk je tekak☺. Lagi-lagi musim sekarang panasnya Ma Shaa Allah. Hari ni buat lebih sikit nak bawa ke majlis iftor sekolah anak. Nah saya share resepi agar-agar ni. InshaAllah mudah dan jadi. Teksturnya Alhamdulillah sedang-sedang je, tak keras dan tak lembut sangat.
Bahan-Bahan:
1 paket agar-agar tali (20 gram)
1 cawan gula pasir
5-7 ketul kecil gula batu
1 kotak kecil santan (200 ml)
2 biji telor
5 cawan air
2 helai daun pandan (disimpul)
2 sudu perisa sirap
1 sk garam
1sk esen vanilla
Cara Membuat:
1. Masak agar-agar dengan air dan daun pandan (simpul) hingga hancur. Masukkan gula serta gula batu. Masak hingga larut. Masukkan perisa sirap dan esen vanila. Kacau sebati.
2. Seterusnya, ambil telur dan pecahkan dalam santan. Masukkan garam dan kacau hingga betul-betul sebati. Kemudian, masukkan ke dalam agar-agar tadi. Kacau hingga sebati.
3. Biarkan agar-agar mendidih dan membuak tanpa dikacau (untuk dapatkan tekstur yang berlumut). Padam api, kacau dan tuang agar-agar ke dalam bekas atau loyang yang telah dibilas dengan air.
4. Biarkan hingga suam dan sejukkan dalam peti ais. Potong bila agar-agar dah betul-betul keras. Sedia untuk dihidang.
Boleh Masukkan Agar-Agar Dalam Acuan Comel Macam Ni >> KLIK DI SINI
Resepi Oleh: Sa Sy