Resepi Gulai Ikan Termenung Style Kuala Kedah
Nak kata sama tu tak tau la tapi bila dah makan nasi bertambah. Janji masuk mulut sedap perut kenyang Alhamdulillah..
Bahan-Bahan:
- 4 ekor ikan temenung (ikan kembong)
- 7 biji bendi
- 2 paket kecil rempah ikan cap O
- 2 sudu makan serbuk cili
- 2 biji bawang merah – ditumbuk lumat
- 2 ulas bawang putih – ditumbuk lumat
- 2 tangkai daun kari
- 2-3 biji bawang merah – dihiris
- 2 ulas bawang putih – dihiris
- 1 inci halia – dihiris
- 1 sudu kecil halba campur
- Air asam jawa
- sedikit air
- 400ml santan atau secukupnya
- Garam secukup rasa
Cara Memasak:
1. Satukan rempah, serbuk cili, bawang yang ditumbuk tambah sedikit air jadikan pes. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan hirisan bersama daun kari.
2. Kemudian, masukkan halba campur dan tumis lagi hingga naik aroma wangi. Masukkan pes rempah tumis hingga pecah minyak. Selepas itu masukkan air asam jawa dan air, kacau hingga sebati.
3. Kemudian tuangkan santan diikuti bendi, letak perasa dan garam secukup rasa. Biarkan kuah hingga mendidih dahulu kemudian baru letak ikan. Apabila ikan dah masak, tutup api dan sedia untuk dihidang.
Makan Dengan Sambal Hijau Minang, Memang Bertambah Nasi >> KLIK DI SINI
Resepi Oleh: Julia Aleen Aireish