Dadih Susu Lemak Manis Resipi Asli Turun Temurun
Dadih susu perlis-kedah. Resipi asli turun temurun. Gedik-gedik, lemak, manis dan mencair dimulut. Cara dapurpolis.
Bahan-Bahan:
- Satu peket serbuk dadih perisa vanilla (zie guna jenama Happy Grass)
- 1 peket kecil (250gm atau kalau lebihkan lagi sedap!) susu tepung everyday – dibancuh dengan 2 gelas air.
- 1/2 tin susu pekat manis
- gula pasir ikut manis disukai
- 2 helai daun pandan disimpul
- Sukatn Air (Ikut instruction di belakang bungkusan serbuk dadih)
Cara Membuat:
1. Didihkan air. Masukkan gula, serbuk dadih, susu pekat, daun padan dan kacau sebati. Api sederhana, Masukkan pula air susu tepung dan biarkan mendidih. Cuba rasa sedikit supaya manis sesuai selera.
2. Bahagiakan dadih susu yang dah siap masak ke beberapa jug/bekas dan bancuh bersama pati perisa minuman disukai (zie guna perisa sirap ros, perisa jagung, keladi dan serbuk coklat).
3. Tuang dadih dalam cup kecil. Biarkan sejuk dan masukkan dalam peti sejuk. Siap.
Guna Serbuk Dadih Happy Grass Macam Ni >> KLIK DI SINI
Resepi Oleh: Aisyah Humaira