Ikan, Makanan Laut, Masakan Thai

Resepi Siakap Masak Stim Limau Thai

resepi-siakap-masak-stim-limau-thai

Resepi Siakap Masak Stim Limau Thai

Bahan-Bahan:

  • 1 Ekor ikan siakap
  • 5 ulas bawang putih*
  • 1 inch halia*
  • 7 biji cili padi merah + hijau (boleh kurang/lebihkan)*
  • 1 cawan air panas
  • 1 kiub pati ayam maggie/adabi
  • 4 Biji Perahan limau nipis
  • 4 sudu sos ikan
  • Hirisan Batang ketumbar
  • 2 batang serai dititik
  • 1/2 biji hirisan bawang besar
  • Gula
  • perasa

Hiasan:

  • Daun ketumbar
  • hirisan limau nipis
  • Hirisan cili api merah/lada besar merah
  • 3 ulas bawang putih cincang/hiris

Cara Masak:

1. Tumbuk bahan-bahan bertanda (*). Tuang 1 cawan air panas dalam mangkuk. Masukkan 1 kiub ayam serta masukkan bahan yang dah ditumbuk tadi.

2. Masukkan pula jus perahan limau nipis, sos ikan, batang ketumbar, gula dan perasa. Gaulkan sebati dan rasa nak tambahkan masam, manis dan pedas ikut citarasa.

3. Ambil ikan, masukkan 2 batang serai yang dititik dan hirisan bawang dalam serta bawah perut ikan. Ambil beberapa sudu kuah sahaja siram atas ikan dan kukus ikan hingga masak.

4. Setelah masak, bolehlah tuangkan semua kuah dari mangkuk tadi atas ikan. Hiaskan dengan daun ketumbar, hirisan bawang putih bawang putih yang dicincang, hirisan cili api merah/lada merah. Siap.

Pesanan: Pastikan ada rasa masam, manis, dan pedas baru umphhh!!

Resepi Siakap Masak Stim Limau Thai

Resepi Oleh: Ayu Shahida