Manisan, Roti

Resepi Roti Kukus Sekaya Durian

resepi-roti-kukus-sekaya-durian

Resepi Roti Kukus Sekaya Durian

Musim durian ni, pelbagai menu terbit dalam kepala untuk dijamu kepada keluarga. Menggunakan durian kampung dari kebun makcik faa yang rasa lemak manis dan sedap.

Memang pilihan menu tepat untuk penggemar durian. Gabungan roti kukus yang lembut dan gebu, dicicah dengan Sekaya Durian lemak manis dan rasa durian yang fresh memang padu! Wajib cuba.

Kebetulan, family Mokde (kakak Ummi) nak datang beraya hari tu, terus laa masak menu special ni. Resepi faa buat gandaan dua. Kalau nak buat sikit, pandai pandailah bahagi dua kuantiti ya.

Bahan-Bahan:

  • 1 bungkus roti putih ⁣
  • 2 cawan isi durian⁣
  • 2 cawan air⁣
  • 2 paket Santan @akasa_malaysia ⁣
  • 2 biji telur⁣
  • 1 ketul besar gula melaka⁣
  • 1/2 sudu kecil garam⁣
  • 3 helai daun pandan (simpul)⁣
  • 1 sudu tepung jagung⁣
  • 1 sudu tepung kastard⁣
  • sedikit susu cair⁣

Cara Membuat:

1. Masak 1 cawan air dengan gula melaka sampai larut. Tapiskan dan sejukkan.

2. Kisar isi durian, tepung jagung, tepung kastard, santan, telur dan air gula melaka sampai lumat.

3. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk. Tambah 1 cawan air (bilas blender). Tambah daun pandan dan garam. Kacau sebati.

4. Buka api perlahan. Kacau sentiasa sampai mendidih dan pekat. Bila sekaya dah masak elok, tutup api.

5. Panaskan pengukus. Potong roti ikut citarasa. Kukus roti selama 10 minit.

6. Hidangkan roti kukus dengan sekaya durian. Boleh tambah sedikit susu cair dalam mangkuk sekaya durian untuk rasa lebih lemak manis.

Selamat mencuba resepi roti kukus dengan sekaya durian yang sedap.

Resepi Roti Kukus Sekaya Durian

Resepi Oleh: Dapurfaafeefoo