Pizza telur untuk sarapan pagi ini. Pada kaum ibu yang dah takde idea nak buat sarapan apa boleh try resipi ini okay! Pasti tak sampai seminit dah habis kena ngapppp.
Resepi Pizza Telur
Bahan-Bahan:
Telur 2 biji
Tomato (potong dadu)
Bawang besar (potong dadu)
Kacang panjang
Baby spinach
Carrot
Sedikit butter (untuk sapu pada kuali)
* Sayur-sayuran ikut kesukaan sendiri, nak letak sayur apa sahaja pun boleh, isi ayam dan keju pun boleh letak.
Cara penyediaan:
1. Pecahkan telur dan pukul, masukkan kesemua bahan (kecuali butter).
2. Panaskn kuali, seeloknya gunakan kuali yang tidak melekat (non-stick pan). Sapukan sedikit butter pada permukaan kuali.
3. Masukkan kesemua bahan dalam kuali dan tutup kuali. Pastikan api hanya dalam keadaan sederhana.
4. Monitor telur dan bila telur separa masak atau sudah jadi pepejal pindahkan ke dalam oven (keluarkn telur dan letakkan atas dulang pembakar).
5. Panaskan oven terlebih dahulu, kemudian bakar telur pada suhu 230°c selama 10 minit. Sekiranya nak letak keju, taburkan atas telur sebelum dibakar.
Resepi Oleh: Raihanatu Zie